Pemasaran Mechamato Movie

Treler rasmi dikeluarkan pada 1 Januari 2021, bertujuan untuk tayangan 2021 sebelum ditangguhkan. Pada 8 Julai 2022, Monsta mengeluarkan video pendedahan poster rasmi di saluran YouTube mereka.[10] Treler terakhir dan poster rasmi telah didedahkan pada 8 November 2022, genap sebulan sebelum tayangan.[11][7]

Sebagai usaha mempromosikan filem ini, Monsta dengan kerjasama Golden Screen Cinemas dan Air Selangor telah menganjurkan acara larian, GSC x Air Selangor Hydro Run yang telah diadakan pada 26 November 2022 di IOI City Mall, Putrajaya.[12] Acara ini telah dihadiri kira-kira 3,500 peserta.[13] GSC juga mengeluarkan figurin Mechamato dan kotak popcorn terhad secara eksklusif yang boleh dibeli oleh penonton wayang.[14]

Rujukan

WikiPedia: Mechamato Movie https://aksiz.com/202164835/ https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2142318 https://www.kakuchopurei.com/2021/11/mechamato-sho... https://www.malaymail.com/news/showbiz/2021/01/06/... https://www.racexasia.com/event/gsc-x-air-selangor... https://twitter.com/GSCinemas/status/1596459812870... https://twitter.com/mechamato/status/1595707641694... https://twitter.com/nizamabdrazak/status/146768577... https://twitter.com/nizamabdrazak/status/150727465... https://twitter.com/nizamabdrazak/status/154538075...